Thursday, May 3, 2012

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan

    6 ekor sotong besar-basuh&potong bulat
    1 biji telur-pecahkan
    1 sudu/kecil serbuk lada hitam/lada sulah-bagi yg gemar pedas
    1 senduk tepung jagung
    1/2 sudu/kecil garam halus
    Minyak utk menggoreng

Cara-cara

    Gaul semua sotong dgn telur yg dipecahkan.Masukkan serbuk lada hitam.lada sulah&garam secukup rasa.
    Panaskan minyak didalam kuali dgn api yg perlahan.Salut kesemua sotong dgn tepung jagung.
    Goreng kesemua sotong,angkat bila sotong kekuningan.dan sedia dihidang ,cicah sos cili n mayo tmbh serbuk kari skit......

SELAMAT MENCUBA....AKHIR KATA GUNAKANLAH KREATIVI ANDA BILA MEMASAK
JANGAN HANYA BERGANTUNG PADA RESEPI SEMATA MATA, K GUD LUCK.....

Tuesday, February 8, 2011

Pecel Ayam

1.Seekor ayam kampung
Bahan kisar untuk memerap ayam
.4 biji buah keras
.2sudu teh biji ketumbar
.1setengah inchi kunyit hidup
.sedikit garam


ulam ,timun kobis,salad kacng panjang dan banyak lagi
tempe goreng
Sambal pecel ditumbuk atau dikisar
.5 biji cili merah besar
.10 biji cili padi
.2, biji buah tomato merah
sedikit belacan dan gula

Cara penyediaan
ayam dipotong  4 kemudian diperap dgn bahan kisar selama 30 minit atau lebih
kemudian goreng hingga masak dan makan bersama sambal dan ulam tadi cukup mudah kan.. masakan ni terkenal di indonesia

AKHIR KATA MASAKLAH DENGAN MENGGUNAKAN KREATIVI ANDA
DAN TIDAK HANYA SEMATA MATA BERGANTUNG PADA RESEPI K GUD LUCK








.

Tuesday, October 19, 2010

Cendawan Goreng

Cendawan kebiasaan ditumis atau di buat sup klu nk goreng pun boleh ia  akan jadi rangup,sedap x terkata
caranya mudah sahaja cendawan di basuh kemudian ditoskan,gaulkan dngan telur,kemudian tepung KFC...klu nak beraneka rasa boleh msukan,serbuk kari,lada hitam,lada putih..gaulkan higga sebati...kemudian goreng...

Saturday, September 18, 2010

Puding Karamel

Bahan-bahannya

1 tin susu cair
1 tin air
6 biji telor

1/2 cawan gula  untuk( gula hangus)
1 sudu esen vanilla

Untuk Karamel
1 cawan gula
Sedikit air

Cara membuatnya

- Masak gula dalam dlm loyang sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) .kmudian telur tadi blender bersama susu cair esen vanila, dan gula tuang adunan tadi dalam loyang yg ada gula hangus tu tuang2 perlahan2  jangan biarkan gula hangus bercampur dengan telur biarkan gula tu di bawah kemudian kukus selama 20minit  dan sejukkan dalm peti ais ....ingat pastikan ia sejuk dahulu baru ditelangkupkan....k gud luck

Wednesday, September 8, 2010

Rendang Minang

Bahan A  dikisar
cili kering 10 biji
lada hitam 1 sudu kecil
1 sudu kecil jintan manis
1sm halia
4/5 batang serai
5 biji bwg bsr
2 ulas bwg putih
1 liter air
Bahan B
kerisik
santan
daun kunyit di hiris
daun limau purut dihiris
daging 1 kilo dihiris
sedikit serbuk kunyit
Cara penyediaan
masukkan bahan a bersama daging msk hgga kering
kemudian masukan krisik,santan,serbuk kunyit
garam,gula,\ secukup rasa,daun limau purut,
daun kunyit biarkan ia seketika hingga kuah pekat k gud luck
Sumbangan dri Cik Bella

Tuesday, September 7, 2010

Sambal Kelapa

Selain dri sambal belacan sambal kelapa juga sedap utk dihidangkan bersama ulam2 tempatan
brikut cara2 membuatnya:
Cili padi 10 biji
sebiji bawang besar@2,3 biji bawang merah
belacan,udang kepal@Udang geragau
1biji limau kasturi
sebelah kelapa parut
Cara penyediaan:
Tumbuk cili,belacan,gula udang,kemudian gaul bahan tu bersama kelapa parut dan perahkan limau sedikit
dan boleh dihidangkan ,dimakan bersama ulam2tempatan k gud luck

Monday, September 6, 2010

Siakap Percik

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap | dibersihkan
15gm serbuk kunyit
15gm halia muda
1 batang serai
45gm bawang merah
¾ sudu makan halba
30gm cili boh
1 keping asam gelugur
500ml santan
5gm lengkuas
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara memasak:
1. Gaul ikan dengan kunyit dan garam. Setelah itu panggang ikan sehingga masak.
2. Untuk kuahnya, santan, bahan kisar, cili boh dan halba dimasukkan ke dalam periuk. Kacau di atas api perlahan.
3. Kemudian masukkan asam gelugur. Kacau rata sehingga mendidih dan pekat.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
5. Kemudian ambil sedikit dan renjiskan pada ikan tadi dan panggang semula ikan sehingga masak.
6. Sesudah masak, tuangkan kuah selebihnya di atas ikan tersebut dan sedia dihidangkan.
 Kiriman Dari : Juliana Johari